,

Using The “Bah” Word Accurately

Got this from Emmanuel’s blog and I thought Malaysians should be educated on how to use the word “Bah” from Sabah correctly. DISCLAIMER : This post is in Bahasa Melayu. So if you do not understand, I guess you’ll need to buy a new dictionary. =)

PENGUNAAN “BAH” YANG BETUL
Mari kita tengok penggunaan “BAH” yang betul. Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah “-bah” yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah “-bah” mempunyai fungsi seperti berikut:

1)Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat:
Ya bah. – Yalah.

2)Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu – (Saya menjawab -Kamu pergilah dulu).

3)Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah “Baiklah”, atau “Begitulah”.
Contoh ayat:
BM Sabah: “Boy, nanti ko pigi beli beras di kadai sana.” Boy menjawab, “Bah.”
BM piawai: “Boy, nanti pergi beli beras di kedai.”Boy menjawab, “Baiklah”

4)Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut “Bah” bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.
Contoh-contoh ayat:
1.”Ko orang KL bah kan?”
2.”Sejuk bah ni air”
3.”Awal lagi bah ni”

PENYALAHGUNAAN “BAH”
Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan “BAH” yang begitu unik. Tetapi perkataan “BAH” ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah. Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan “BAH” dalam ayat-ayat ini:

1. “apa kabar bah?”-kononnya mau tanya khabar. (Ini salah)
2. “suda makan ka bah?” (Aneh….)
3. “bila balik bah?” (Tdk btul jg ni)

Oleh itu, marilah bersama-sama menggunakan Bahasa Sabah dengan betul, jangan memalukan diri anda dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah.

Lagi… Bahasa Sabah And Bahasa Indon are TOTALLY DIFFERENT THINGS.. yg terindon 2 ndak taulaa???

1 reply
  1. ah^kam koko'
    ah^kam koko' says:

    hahahahaha!!

    saya memang suda tau bah!
    saya orang Sarawak!
    saya ada banyak sahabat yang menggunakan “bah” bah!
    =D

Comments are closed.